News Trade12 - USD Jatuh di tengah-tengah Data Pekerjaan AS yang Lemah; Pandangan Mingguan Forex: 5 - 9 Oktober
Trade12
 
  • Trade12
  • Trade12
  • Trade12

USD Jatuh di tengah-tengah Data Pekerjaan AS yang Lemah; Pandangan Mingguan Forex: 5 - 9 Oktober


Dolar AS (USD) merosot dalam minggu sebelumnya berikutan pendedahan data pekerjaan AS bulan September lebih lemah-berbanding-jangkaan, menjejaskan prospek kenaikan kadar Rizab Persekutuan bagi tahun ini.

Menurut laporan daripada Labor Department, hanya 142,000 pekerjaan ditambah pada bulan September, lebih rendah berbanding jangkaan penganalisis sebanyak 203,000.

Tambahan lagi, data pekerjaan bagi bulan Ogos telah dikurangkan daripada laporan awal sebanyak 173,000 kepada 135,000.

Kadar penyertaan tenaga buruh menurun daripada bulan Ogos 62.60 peratus kepada 62.40 peratus sementara kadar pengangguran kekal pada 5.10 peratus seperti yang penganalisis jangkakan.

Angka yang teruk mencetus kebimbangan bahawa ekonomi global melemah adalah menjejaskan pendapatan balik ekonomi AS, mendesak pelabur untuk menahan jangkaan kenaikan kadar tahun 2015 kepada awal tahun 2016.

Kadar faedah yang lebih kukuh akan membuatkan dolar AS lebih menarik untuk mencari hasil pelabur.

Berikutan data pekerjaan itu, euro untung 0.14 peratus terhadap dolar, dengan EUR/USD menutup minggu sebelumnya pada 1.12.

Semasa jam awal pada hari Jumaat, USD/JPY jatuh kepada 118.69. Pasangan matawang itu sedikit pulih, mengakhiri sesi pada 119.89.

Trade12

Pound British (GBP) dan franc Swiss turut melonjak. GBP/USD mengukuh 0.35 peratus kepada 1.52 sementara USD/CHF susut 0.59 peratus pada 97.15.

Indeks dolar AS, yang mengukur kekuatan dolar AS terhadap sekumpulan enam matawang utama, menurun 0.13 peratus kepada 96.04 selepas mencapai paras rendah dua-minggu sebanyak 95.30.

Berikut adalah peristiwa ketara di dalam pasaran kewangan di seluruh dunia bahawa kedua-dua pelabur dan penganalisis menjangka boleh berlaku sepanjang minggu hadapan.

Isnin, 5 Oktober

Di Asia, pasaran China akan ditutup bagi percutian kebangsaan.

Kerajaan United Kingdom (UK) dan Institute of Supply Management (ISM) akan menerbitkan angka aktiviti sektor perkhidmatan.

Tambahan lagi, menteri kewangan Eurogroup akan menghadiri perbincangan di Brussels.

Selasa, 6 Oktober

Pasaran China akan kekal ditutup dalam pemeliharaan percutian kebangsaan.

New Zealand akan mengisukan data dalam sektor swasta melibatkan kenyakinan perniagaan.

Di Australia, Reserve Bank of Australia (RBA) mendedahkan penanda aras kadar faedah dan penyata kadar, yang meliputi keadaan ekonomi semasa dan faktor yang menjejaskan keputusan polisi kewangannya.

Pada masa sama, AS dan Kanada akan melaporkan dalam baki dagangan.

Di rantau Eropah, German akan membentangkan angka melibatkan pesanan kilang. Menteri kewangan Eurogroup akan meneruskan perbincangan di Brussels.

Presiden European Central Bank (ECB) Mario Draghi akan menyerikan acara di Frankfurt sebagai penceramah.

Rabu, 7 Oktober

Pasaran China akan kekal ditutup bagi percutian itu.

Di tempat lain di rantau Asia, Bank of Japan (BOJ) akan mendedahkan penanda aras kadar faedah dan penyata kadar, yang menangani keadaan ekonomi semasa dan faktor yang menjejaskan keputusan polisi kewangannya.

Trade12

Pelabur menjangkakan minit mesyuarat Persekutuan bulan September, termasuk butiran berkenaan kelewatan dalam perlaksanaan kenaikan kadar.

Di Switzerland, Swiss National Bank (SNB) akan menghantar laporan dalam rizab matawang asing.

Tambahan lagi, UK akan mendedahkan angka mengenai pengeluaran industri sementara Kanada akan mengeluarkan laporan permit bangunan.

Khamis, 8 Oktober

Kerajaan AS akan menerbitkan data mingguan dalam tuntuan pengangguran awal sementara bank pusat AS akan mendedahkan minit mesyuarat bulan September.

Kerajaan Jepun akan mengisukan data dalam pesanan jentera teras.

Bank of England (BOE) akan memperkenalkan polisi kewangan baru dan minit mesyuarat terkini. Gabenor BOE Mark Carney akan berucapan dalam acara di Lima.

ECB juga akan mendedahkan minit mesyuarat terkini.

Jumaat, 9 Oktober

Kerajaan Australia akan menerbitkan angka melibatkan pinjaman perumahan.

UK dijangka akan mengisukan laporan dalam baki dagangan; Kanada akan mendedahkan data pekerjaan bulanan; AS akan mengisukan angka dalam harga import.

Terus kekal dengan kami di Trade12.com berikutan kami memerhati secara rapat aktiviti ekonomi ketara di seluruh dunia. Trade12 mengulas berita pasaran harian melibatkan saham, indeks, matawang, logam, dan komoditi untuk membantu anda menjadi pedagang cekap dan berpengatuhan yang diperlukan oleh komuniti perdagangan antarabangsa. Menjadi broker forex terbaik untuk anda di sini di Trade12, kejayaan anda adalah kejayaan kami!

    Dagangan Matawang Asing


    Dagangan Matawang Asing adalah pembelian dan penjualan mata wang. Ia adalah yang terbesar, paling cair, dan yang paling pesat berkembang pasaran kewangan di dunia. Pelanggan boleh memilih mata wang mereka ingin berubah dan meletakkan perdagangan dengan.

    Dagangan CFD


    Kontrak untuk Perbezaan (CFD) Trading ialah satu perjanjian antara dua pihak untuk menukar perbezaan di antara harga pembukaan dan harga penutupan kontrak tertentu. CFD membolehkan anda untuk membuat teori tentang pergerakan harga, sama ada pasaran sedang menaik atau menurun.

    Dagangan Dalam Talian


    Dagangan dalam talian termasuk belian yang kerap dan menjual saham, komoditi, dan pasangan mata wang yang bertujuan untuk meraih keuntungan dalam masa yang singkat. Ia melibatkan alat-alat analisa teknikal seperti purata bergerak dan pengayun stokastik yang digunakan untuk mengenal pasti saham yang bernilai untuk dibeli pada semasa ini dan membantu pedagang-pedagang dalam proses perdagangan.

Penafian

Artikel-artikel yang disiarkan di laman blog ini tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendapat firma broker matawang asing. Semua kandungan yang disediakan dalam laman web ini bertujuan untuk memberi maklumat sahaja.

Hubungi Kami

Bersosial Media