News Trade12 - Alcoa Berpecah kepada Dua Syarikat Bebas
Trade12
 
  • Trade12
  • Trade12
  • Trade12

Alcoa Berpecah kepada Dua Syarikat Bebas


Alcoa akan dipecahkan kepada dua syarikat bebas, memecahkan operasi bauksit, aluminium dan pemutus mereka daripada kejuruteraan, pengangkutan dan perniagaan pelancaran produk di seluruh dunia. Alcoa Inc berpangkalan di New York dengan operasi besar di Pittsburgh.

Pengilang logam yang berusia lebih 100 tahun itu telah berurusan dengan penurunan dalam perniagaan peleburan mereka kerana kadar aluminium yang lebih rendah. Perpecahan itu akan membina satu syarikat yang akan menumpukan kepada produk-produk aliran tinggi, yang termasuk aluminium. Sementara itu, satu syarikat lagi akan memfokus kepada produk-produk kejuruteraan, yang terdiri daripada segmen automotif dan aeroangkasa.

Perniagaan yang ditubuhkan oleh Alcoa, segmen bauksit dan aluminium yang berprestasi lebih baih akan mengekalkan nama Alcoa. Sebaliknya, nama syarikat bagi produk-produk kejuruteraan adalah masih tidak diketahui.

Syarikat yang berusia 127 tahun itu adalah sumber pendapatan terbesar dalam penanda aras indeks S&P 500, walaupun saham A.S menurun secara mendadak pada hari Isnin lalu.

Perpecahan itu adalah sebahagian daripada pergerakan yang lebih luas oleh syarikat untuk memperluaskan unit untuk meningkatkan nilai pemegang saham. Sesungguhnya, strategi itu membantu dalam membebaskan segmen syarikat yang kuat daripada bahagian yang lebih lemah.

Alcoa Inc. menjangkakan perpecahan itu akan dicapai pada separuh kedua tahun 2016. Syarikat yang berpengkalan di New York itu telah berada dalam perniagaan industri di dalam ekonomi AS selama lebih daripada seratus tahun, sejak pelancarannya sebagai Pittsburgh Reduction Company pada 1888.

Trade12

Pengerusi dan CEO Klaus Kleinfeld berkata dalam satu kenyataan, "Dalam beberapa tahun lalu, kami telah berjaya mengubah Alcoa untuk mencipta dua enjin nilai kuat yang kini sedia untuk meneruskan hala tuju strategik yang tersendiri."

Alcoa Inc. telah mengubah perhatiannya kepada produk automotif dan aeroangkasa yang lebih menguntungkan, yang juga termasuk titanium. Selanjutnya, ia telah menutup peleburan aluminium yang tidak menguntungkan berikutan lebihan bahan tersebut di dalam kejatuhan harga dan keuntungan pasaran berat.

Alcoa mengembangkan perkongsian dengan Ford Motor Company, di mana Alcoa akan membekalkan aluminium yang lebih kukuh untuk bahagian-bahagian badan auto. Urusan itu telah diumumkan pada pertengahan bulan September, dan syarikat itu dikatakan menyediakan komponen-komponen untuk model 2016 iaitu F-150- penjualan terbaik kenderaan AS sejak 1982.

Jumlah yang telah dibelanjakan untuk membangunkan keupayaan pengeluaran tiga dimensi mereka di dalam pusat teknikal bertempat di Pittsburgh adalah lebih kurang $60 juta.

Selepas rancangan perpecahan, Kleinfeld akan mengendalikan dan berkhidmat sebagai CEO syarikat itu, yang akan memfokuskan kepada produk kejuruteraan. Kedua-dua syarikat akan mempunyai lembaga pengarah mereka sendiri, dan pasukan pengurusan yang lengkap, yang akan dinamakan dalam beberapa bulan meneraju perpecahan.

Kleinfeld menyatakan, "Kami percaya kedua-dua entiti telah mempunyai bentuk yang berdaya saing dan besar dan mereka boleh berdiri sendiri."

Trade12

Beberapa syarikat telah sama ada berpecah pada tahun lalu atau merancang untuk melakukannya. eBay membahagikan unit perbelanjaan ia ke dalam syarikat yang lain. Sementara itu, Hewlett-Packard sedang dalam proses mengasingkan unit pengkomputeran peribadi mereka yang gagal dan pelayan mereka yang berprestasi baik, unit perisian dan perkhidmatan nasihat. Sebuah syarikat lain yang diberi nama Gannett turut merancang untuk mengasingkan unit penerbitan mereka yang lembab daripada unit digital dan penyiaran mereka.

Saham Alcoa meningkat 32 sen atau 3.5% kepada US$9.39 semasa jam perdagangan lebih awal pada hari Isnin lalu. Saham Alcoa telah menurun sehingga 41% setakat tahun ini.

Menurut seorang penganalisis, syarikat itu telah dalam proses perpecahan, yang turut melibatkan pengambilalihan untuk meningkatkan perniagaan mereka bagi sektor-sektor berikut termasuk aeroangkasa dan auto.

"Perniagaan komoditi adalah heretan ketara, tidak hanya penilaian, tetapi pada sumber syarikat itu," seorang penganalisis dari Sterne Agee CRT berkata.

Alcoa tidak menyediakan informasi tentang harga perpecahan, yang dinyatakan perlu bebas cukai bagi pemegang saham. Ia mensasarkan penarafan gred pelaburan bagi perniagaan "nilai-tambahan" mereka dan penarafan "gred bukan pelaburan kukuh" bagi legasi perniagaan mereka.

Syarikat itu menyatakan bahawa sejak 31 Disember, 2014, elaun mereka telah kekurangan dana sehingga lebih kurang $3.3 bilion. Menurut eksekutif mereka, Alcoa akan mengedarkan liabiliti dan liabiliti pencen "dengan cara yang berhemah bagi dua perniagaan tersebut mempunyai kunci kira-kira" yang disasarkan oleh syarikat.

Baca lebih lanjut ulasan Trade12 dan informasi tentang saham, komoditi, indeks dan matawang. Cipta akaun langsung dengan kami untuk memulakan perdagangan dalam talian dan bekerja dengan broker forex terbaik kami.

    Dagangan Matawang Asing


    Dagangan Matawang Asing adalah pembelian dan penjualan mata wang. Ia adalah yang terbesar, paling cair, dan yang paling pesat berkembang pasaran kewangan di dunia. Pelanggan boleh memilih mata wang mereka ingin berubah dan meletakkan perdagangan dengan.

    Dagangan CFD


    Kontrak untuk Perbezaan (CFD) Trading ialah satu perjanjian antara dua pihak untuk menukar perbezaan di antara harga pembukaan dan harga penutupan kontrak tertentu. CFD membolehkan anda untuk membuat teori tentang pergerakan harga, sama ada pasaran sedang menaik atau menurun.

    Dagangan Dalam Talian


    Dagangan dalam talian termasuk belian yang kerap dan menjual saham, komoditi, dan pasangan mata wang yang bertujuan untuk meraih keuntungan dalam masa yang singkat. Ia melibatkan alat-alat analisa teknikal seperti purata bergerak dan pengayun stokastik yang digunakan untuk mengenal pasti saham yang bernilai untuk dibeli pada semasa ini dan membantu pedagang-pedagang dalam proses perdagangan.

Penafian

Artikel-artikel yang disiarkan di laman blog ini tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendapat firma broker matawang asing. Semua kandungan yang disediakan dalam laman web ini bertujuan untuk memberi maklumat sahaja.

Hubungi Kami

Bersosial Media