News Trade12 - Saham Asia Melemah selepas Ucapan Yellen
Trade12
 
  • Trade12
  • Trade12
  • Trade12

Saham Asia Melemah selepas Ucapan Yellen


Kebanyakan saham-saham Asia jatuh pada hari Jumaat selepas Pengerusi Rizab Persekutuan AS Yellen mengesahkan di dalam satu ucapan disampaikan di University of Massachusetts bahawa kenaikan kadar faedah adalah masih akan berlaku sebelum 2016.

Indeks Hang Seng jatuh 0.17 peratus dan Indeks Jepun Nikkei 225 jatuh 0.06 peratus. Sementara itu, indeks saham utama China Shanghai Composite untung 0.86 peratus sementara S&P/ASX 200 meningkat 0.47 peratus.

Trade12

Selanjutnya, data awal menunjukkan bahawa aktiviti kilang China pada bulan September melemah, mencecah paras terendah telah direkodkan pada tahun 2009.

Di tempat lain di Asia, indeks harga pengguna (CPI) Jepun pada bulan Ogos turun 0.10 peratus tahun-atas-tahun sebagaimana telah dijangkakan. Walaubagaimana pun, indeks harga perkhidmatan korporat (CSPI) negara mengukuh 0.70 peratus, sedikit lebih baik berbanding jangkaan penganalisis sebanyak 0.50 peratus.

Menurut seorang pegawai, kenaikan di dalam keuntungan korporat Jepun telah gagal untuk mengembalikan penggunaan produk dan pelaburan perniagaan.

Kerajaan Jepun terus memberi amaran kepada pelabur tentang penurunan pertumbuhan dalam pasaran kewangan Asia yang terkemuka dan baru muncul, terutamanya dicetuskan oleh kelembapan ekonomi terbesar. Di dalam satu laporan, kerjaan menjamin bahawa ekonomi domestik mampu pulih secara beransur-ansur. Walaubagaimana pun, ia menekankan bahawa perbelanjaan pengguna adalah agak bertakung dan eksport juga turut jatuh, menyebabkan sentimen peniagaan yang rata.

Menurut Yutaka Murayama, pengarah analisis makroekonomi di pejabat Kabinet, jangkaan keseluruhan untuk kerajaan Jepun adalah "lebih lemah berbanding bulan lepas" dan "lebih rapat kepada penurunan." Murayama menghuraikan penurunan sebagai "de facto".

"Kelembapan di sesetengah kawasan kami sedar di dalam laporan merujuk kepada kadar peningkatan yang mengecewakan di dalam mekanisma pertumbuhan ekonomi yang positif seperti dilihat di dalam penggunaan dan pelaburan perniagaan."

Ucapan Yellen

Di dalam ucapan pertama beliau diikuti mesyuarat polisi kewangan dua-hari Federal Open Market Committee’s (FOMC), Yellen mengumumkan bahawa beliau menjangkakan kadar faedah jangka-pendek sebelum akhir tahun. Menurutnya, beliau percaya bahawa kebanyakan rakan-rakan pegawai Persekutuan akan menyokong pelaksanaan kenaikan kadar pada satu ketika dalam tempoh tiga bulan akan datang. Ini menerukkan kekeliruan di antara pelabur-pelabur yang bingung sebagaimana Yellen perbezaan lemah daripada undian beliau minggu lepas semasa mesyuarat polisi. Sejak bulan Julai, menurut penganalisis, beliau telah meletakkan pembayang bahawa beliau menentang kenaikan kadar.

Trade12

Disebabkan oleh inflasi AS yang lemah, FOMC telah membuat keputusan untuk tidak menaikkan kadar, membiarkan ia pada paras semasa lonjakan sifar sejak Krisis Kewangan Global pada tahun 2008.

Bank pusat AS turut menurunkan ramalan inflasi mereka kepada 0.30 peratus untuk akhir tahun dan 1.70 peratus untuk akhir tahun 2016, menjangkakan bahawa ia tidak akan mencapai prospek pertumbuhan inflasi mereka sebanyak dua peratus. Bagi tiga tahun yang lepas, kadar inflasi bulanan telah kekal di bawah sasaran Persekutuan.

Walaubagaimana pun, Yellen percaya bahawa kekurangan inflasi adalah sementara disebabkan oleh kekuatan dolar. Oleh itu, beliau menyatakan bahawa kadar inflasi hendaklah meningkat sehingga sasaran dua peratus apabila pasaran buruh mencapai gunatenaga yang penuh.

Tambahan lagi, beberapa pemimpin Persekutuan telah memberikan pembayang bahawa bank pusat paling penting di dunia adalah hampir dengan dasar normal walaupun keputusan adalah untuk tidak menaikkan kadar.

Menurut Presiden Persekutuan San Francisco John Williams, mesyuarat semasa telah menjadi "sengit".

Wall Street Berakhir Lebih Rendah

Di tempat lain di dalam pasaran saham, saham AS bangkit semasa sesi pada lewat hari Khamis. Walaubagaimana pun, Wall Street berakhir sedikit lebih rendah di tengah-tengah jam perdagangan yang turun naik.

Purata Perindustrian Dow Jones merosot 0.48 peratus, berakhir pada 16,201.32 mata, sebagaimana saham jagaan kesihatan menjunam dan penjualan keluar besar-besaran dalam Caterpillar, Inc., pengilang peralatan pembinaan dan perlombongan terbesar di dunia, menarik turun indeks bersama-sama dengan dua indeks utama AS yang lain.

Pada hari Khamis, Caterpillar mengumumkan pemotongan ramalan pendapatan mereka dan pemotongan adalah sebanyak 10,000 pekerjaan. Syarikat menurunkan pengeluaran pendapatan untuk tahun 2015 kepada $48 bilion, lebih lemah berbanding jangkaan penganalisis sebanyak $48.82 bilion.

Kompisit NASDAQ jatuh 0.38 peratus, ditutup pada 4,734.48 sementara S&P 500 jatuh 0.34 peratus, ditutup pada 1,932.24 sebagaimana lima daripada 10 sektor mereka- diteraju oleh kerugian di dalam jagaan kesihatan, perindustrian, dan industri kewangan- berakhir di dalam tanda merah. Sementara itu, saham utiliti, tenaga, dan barangan pengguna bangkit.

Layari laman web kami di Trade12.com untuk mendapat kemaskini terkini tentang trend pasaran semasa. Trade12 reviews mengulas acara pasaran harian untuk membantu membentuk komoniti perdagangan antarabangsa yang berpengetahuan dan cekap dikendalikan oleh peserta pasaran yang aktif dan berwawasan kerana di sini di Trade12, kejayaan anda adalah kejayaan kami!

    Dagangan Matawang Asing


    Dagangan Matawang Asing adalah pembelian dan penjualan mata wang. Ia adalah yang terbesar, paling cair, dan yang paling pesat berkembang pasaran kewangan di dunia. Pelanggan boleh memilih mata wang mereka ingin berubah dan meletakkan perdagangan dengan.

    Dagangan CFD


    Kontrak untuk Perbezaan (CFD) Trading ialah satu perjanjian antara dua pihak untuk menukar perbezaan di antara harga pembukaan dan harga penutupan kontrak tertentu. CFD membolehkan anda untuk membuat teori tentang pergerakan harga, sama ada pasaran sedang menaik atau menurun.

    Dagangan Dalam Talian


    Dagangan dalam talian termasuk belian yang kerap dan menjual saham, komoditi, dan pasangan mata wang yang bertujuan untuk meraih keuntungan dalam masa yang singkat. Ia melibatkan alat-alat analisa teknikal seperti purata bergerak dan pengayun stokastik yang digunakan untuk mengenal pasti saham yang bernilai untuk dibeli pada semasa ini dan membantu pedagang-pedagang dalam proses perdagangan.

Penafian

Artikel-artikel yang disiarkan di laman blog ini tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendapat firma broker matawang asing. Semua kandungan yang disediakan dalam laman web ini bertujuan untuk memberi maklumat sahaja.

Hubungi Kami

Bersosial Media